Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman
bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak
dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut
melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak…….Maka sedih bercampur
gembira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila
majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan
gambar hiasan
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap
sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua
ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk
mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua
kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka
mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat
menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun
bersetuju degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke
arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak
mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe”
yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan,
tanpa berlengah menyemak iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga“, maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan…..
Selang seminggu selepas itu, mereka
menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga
pendek, hanya berbunyi ” Standard Chartered Bank”. Apabila disiasat
dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud “Besar, Teguh dan Peramah“, maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut….
Seperti lazimnya mereka pun
tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi
minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka
agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya
menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat
ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”. Mulanya mereka agak hairan
kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis
perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka
pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,”Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…“
1 comment:
CUN:)
Post a Comment